Izinkan aku review problem aku dgn manusia kat sini. Kepala tengah serabut giler ni.
Beberapa perangai orang yang aku tak suka
1. Tak direct/ Tak jujur
Aku lagi suka kalau seseorang tu cakap apa yg dia fikir. Kalau aku ada buat silap, orang yang tak jujur/tak direct ni akan senyapkan je. Pastu bila berborak dgn member lain, dia mengumpat plak psl silap aku. Secara rasminya bermulalah salah faham dan masalah lain, semuanya sebab dia tak direct dgn aku.
At least kalau dia cakap direct, tegur yg aku ada buat slh, aku boleh explain why atau aku akan minta maaf atau betulkan kesilapan aku. Pada masa yang sama, aku boleh pastikan yang dia tak simpan sangkaan yang buruk pasal aku dlm hati dia. You know, orang yang simpan sangkaan buruk/ prasangka buruk tp tidak diketahui kebenarannya , bagi aku orang yang tak ikhlas. Kadang2 boleh sampai tahap hipokrit.
Macam mana nak handle teguran/kutukan
Aku tahu ada sesetengah orang tak boleh terima kalau tiba2 ada orang tegur silap dia atau nasihat dia. Dalam hal ni, kita kena fikir positif dan sedapkan hati dulu. Untuk bersihkan imej kau, kau kena kuatkan hati mendengar teguran. Lepas dah tahu apa yang dia fikir pasal ko, barulah ko boleh decide sama ada nak minta maaf atau nk explain. Tapi tak semua yang orang tegur pasal ko tu betul. Ko kena betul2 faham teguran dia, sama ada dia kecil hati atau dia salah faham atau dia memang benar2 nk kutuk ko.
Cikgu aku pernah cakap "Kalau nak tahu kita ni macam mana, tanya musuh kita atau sahabat kita. Jangan tanya kawan"
2. Tak bertimbang rasa/ tak sensitif/ tak alert
Kalau kat atas tu cakap apa yg difikir, kali ni pasal orang yg cakap tapi tak fikir. Yang ni cakap bukannya guna akal, tapi ikut suka hati. Kadang2 dia sesuka hati je kutuk ko. Kata korang hodoh, pendek, tak pandai, atau apa2 saja kekurangan korang. Mari kita analisis!
Bila ada orang suka2 hati kutuk kekurangan korang, kita boleh kategorikan sebab kutukan dia yg tiba2 tu. Pertama, dia berlagak/riak/takjub/ujub (aku tak tau apa beza sifat2 ni sbb nk dkt sama). Cara nak detect yang dia ni berlagak etc. ialah bila dia kutuk korang, dia bandingkan korang dengan dia. Kejam, kan?
Contoh situasi:
A: B, cer ko duduk sebelah aku.
B: (bergerak ke sebelah A) Hah, apa hal?
A: Tengok ni, aku lagi tinggi daripada ko. Wuuuuuuu!
B: Hek eleh, so what?
A: Ko lagi pendek daripada aku!! Hahahahaha!
B: Entah apa2.....
Bila korang berhadapan dengan situasi dan manusia macam ni, korang kena relaks! Korang kena sentiasa ingat yang setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2. Kulit dia mungkin lebih putih atau dia lebih hensem/cantik tapi korang kena tahu dan yakin bahawa korang ada kelebihan yang dia tak ada. Korang mungkin lagi bijak daripada dia, lagi pandai berkomunikasi, boleh mempengaruhi orang, kreatif and so on....Kedua, korang jangan sentap dulu! Jangan mengamuk, jangan marah, emo dan seangkatan dengannya. Ini hanya akan menunjukkan kekurangan korang. Be rasional, stay cool, talk directly. Bila korang nak defend diri korang, korang kena bercakap dengan cool tapi tegas. Tak payah lebih2 atau mengungkit benda yang tak berkaitan. Cukup sekadar bagi dia tahu yang korang ni ada value dan tak boleh dipermain-mainkan. Kalau dia pulak yang sentap, nasib ar! Nak bergurau tapi tak tahu teknik. Pelawak betul!
Bunyinya serius. Ada orang kutuk macam kat atas, ada yang kutuk lebih daripada tu. Bila nk defend yourselves nnt, pandai2la budget nk tegas setara mana.Tapi untuk kutukan style haters kepada bloggers dan vloggers, tu ada cara lain plak nk handle. Nanti kalau ada kelapangan, aku akan post psl cara2 nk handle kutukan sahaja. Ngeeeee :D
3. Seorang pendengar yang teruk (bukan bermaksud pekak)
Ni biasanya terdiri daripada kawan2 atau family. Dia selalu cerita/mengadu pasal problem dia atau dia selalu cerita pasal kawan2 dia, pasal peristiwa dalam everyday life dia. Korang, on the other hand dengar je apa yang dia cerita tapi bila turn korang untuk bercerita, dia buat tak minat nak dengar atau tak dengar langsung. Selfish sungguh......sigh......
Aku bet korang rasa annoyed bila diperlakukan macam tu. Bila dia nk bercerita korang dengar je, tapi bila korang plak nk bercerita dia buat pekak. Kurang asam!!! Tak taulah kalau dia tak minat nk dengar cerita korang sebab gaya penyampaian korang x beremosi, ton suara yang tidak pelbagai, penghayatan yang kurang....Tu korang kena fix dulu la.
Tapi dalam isu yang aku nk cakap ni, dia memang saja2 x nak dengar. Selfish sungguh.
Pertama sekali, korang kena kenal pasti sebab apa dia x minat nk dengar. Kalau berpunca daripada ko sendiri, ko fix cara ko dulu. Tapi kalau memang dia saja2 x nak dengar, baru korang ada hak untuk rasa bengang. Kedua, korang buat macam biasa dulu. Dengar dan layan je bila dia bercerita, pastu korang plak bercerita. Kalau dia buat tak dengar jugak, korang sound jer direct. Tak payah nk simpan dalam hati lama2, korang cakap pd dia yg dia tu bukan pendengar yg baik dan apa korang rasa bila dia tak bg perhatian masa korang bercerita.
Kalau dia still x bg perhatian masa korang bercerita dengan dia, korang dengar je lah cerita dia. Tapi aku x galakkan korang share cerita korang dengan dia. Bukannya bertujuan nk korang putus kawan dengan dia atau gaduh dengan dia, cuma nak jaga hati korang daripada bertambah bengang dengan dia. Apalah gunanya bercakap kepada orang yang tidak mendengar.
"talking is silver, listening is gold"
Find someone else to share your story with. Okay?
Apa2 pon, kita kena selalu memaafkan orang lain. Walaupun kita dilayan secara tidak wajar atau dikutuk, kita perlu berfikir berfikir dan bertindak secara rasional. Dengan memaafkan orang lain, barulah kita boleh happy. Smile!!!





No comments:
Post a Comment